Kerajaan lancar Strategi Keselamatan Siber Malaysia RM1.8 bilion

Masa Membaca:50 Saat

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 dengan peruntukan RM1.8 bilion bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan siber negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) diberi tanggungjawab menggubal, melaksana, memantau dan menyelaras pelan tindakan jangka sederhana itu.

Perdana Menteri berkata strategi itu dirangka bersandarkan lima tonggak utama yang merangkumi 12 strategi, 35 pelan tindakan dan 113 program sebagai teras mekanisme keselamatan siber dalam berdepan apa jua bentuk serangan siber.

“Tonggak pertama, mempertingkatkan pengurusan tadbir urus dan keselamatan siber negara dengan menambah baik infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kritikal negara selain meningkat keupayaan menangani isu keselamatan siber secara efektif.

“Dalam hal ini, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara ditubuhkan dan saya melantik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pengerusi menerajui jawatankuasa ini, ” katanya dalam ucapan perasmian MCSS 2020-2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Ucapan Perdana Menteri dibacakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Views:

427
Kongsi :
Previous post 563 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini
Next post Bukit Katil catat satu lagi kes positif COVID-19
Ubah saiz-+=