
KERAJAAN NEGERI TERIMA SUMBANGAN RM5 JUTA DARIPADA KUM
SERI NEGERI 22 Oktober – Kerajaan Negeri menerima sumbangan tahunan berjumlah RM5 juta daripada Koridor Utiliti Melaka (KUM) dalam satu majlis penyerahan ringkas yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, di sini, hari ini.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KUM, Ismael Hamdan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh dan kenamaan lain.
Penyerahan sumbangan tahunan itu sebagai simbol komitmen berterusan KUM dalam menyokong pembangunan infrastruktur utiliti yang tersusun dan mampan di negeri ini.
Ismael turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas hubungan strategik yang dijalinkan.
KUM merupakan entiti yang bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek utiliti di seluruh negeri Melaka bagi mengelakkan pertindihan kerja serta memastikan kecekapan dalam pengurusan infrastruktur awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
