Kerja-kerja pembersihan jalan diserahkan kembali kepada PBT

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH, 11 Dis. – Kerajaan negeri bersetuju sekiranya kerja pembersihan kawasan di negeri ini diserahkan semula kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang juga Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar berkata, sebelum kerja pembersihan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), kerja pembersihan jalan termasuk kerja-kerja pemotongan rumput dibuat sendiri oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, bagaimanapun sistem penyelenggaraan itu berubah yang mana kaedah pembersihan itu diserahkan kepada SW Corp dengan mengupah syarikat SWM Environment Sdn Bhd (SWM).

“Kita bangkitkan dengan kerjaan tempatan perkara yang sama, di mana kita minta kerja-kerja pemotongan potong rumput dan pembersihan jalan diserahkan balik kepada PBT.

“Maknanya, kita serahkan balik kepada PBT dan kita sendiri uruskan, maknanya peruntukan dibayar terus kepada PBT.

“Kalau kita buat kerja, mudah kita mengarahkan kontraktor tidak bersih, disebabkan kontraktor dilaksanakan bukan kita, jadi sukar kita memantau kerja-kerja pembersihan itu.

“Justeru itu, saya bersetuju maknanya kalau boleh kerja pembersihan diserahkan kepada PBT,” katanya.

Beliau bagi menjawab soalan tambahan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.

Views:

743
Kongsi :
Previous post 24,530 individu menerima bantuan
Next post Pembangunan mega kemajuan Machap Jaya
Ubah saiz-+=