Kertas kerja ‘Cashless Melaka’ bakal dibentang

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 22 Mei – Kerajaan Negeri bakal memperkasa kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi inisiatif yang bakal dikenali sebagai ‘Cashless Melaka’.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan berkata, kertas kerja ‘Cashless Melaka’ itu kini sedang dirangka dan bakal diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Cashless Melaka ini bakal menyaksikan kaedah pembayaran tanpa tunai akan diperkenalkan.

“Contohnya, pembelian tiket di pusat-pusat pelancongan Melaka yang bakal kita laksanakan tanpa tunai.

“Tetapi perincian lanjut mengenai Cashless Melaka ini hanya akan kita umum selepas ia diluluskan di peringkat MMKN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Hala Tuju dan Penerangan PEDi Negeri Melaka 2023 di sebuah hotel di Ayer Keroh, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Pengarah MCMC Melaka Muhammad Luqman Ali.

Menurut Fairul Nizam, pelaksanaan ‘Cashless Melaka’ itu dijangka akan bermula serta-merta sebaik ia diluluskan kelak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1847
Kongsi :
Previous post ITEX2023: UTeM rangkul Anugerah Khas, 5 pingat emas
Next post Bayi perempuan tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Ubah saiz-+=