Sorting by

×

KES DENGGI DI MELAKA MENURUN 48 PERATUS

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

REMBIA 28 Julai – Kes demam denggi di Melaka mencatatkan penurunan ketara sebanyak 48 peratus setakat minggu epid ke-29 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, setakat 19 Julai tahun ini, Melaka merekodkan 697 kes denggi, berbanding 1,361 kes bagi tempoh sama tahun 2024.

Katanya, tren penurunan itu menunjukkan satu perkembangan cukup positif kerana ia membabitkan penurunan hampir separuh kes berbanding tahun lalu.

“Kita lihat penurunan sangat ketara pada tahun ini, ia bermakna program-program yang dilaksanakan memberi kesan positif namun kita tidak boleh leka dan perlu cakna dengan kawasan kejiranan sekeliling kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penutup Kempen Membasmi Wabak Denggi Tahun 2025 yang disempurnakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan di Dewan Taman Kebaya Paya Datok, di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) TPr. Saifuddin Abdul Karim serta kenamaan lain.

Mengulas situasi denggi di Daerah Alor Gajah, khususnya dalam DUN Rembia, Hee Sem berkata, sebanyak tujuh kes telah direkodkan tahun ini, namun ia jauh lebih rendah berbanding 41 kes pada tahun lalu.

“Taman Kebaya sebelum ini telah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi apabila mencatatkan 11 kes denggi pada tahun lalu dan hanya tujuh kes setakat ini dengan satu kematian direkodkan di kawasan Rumah Awam Sungai Petai melibatkan pesakit berisiko tinggi.

“Kita turut mengesan banyak jentik-jentik di rumah kosong semasa pemeriksaan awal. Bagaimanapun hasil pemantauan berterusan berjaya mengurangkan penularan kes di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post AYER MOLEK NADI PENERUS PERMAINAN GASING
Next post LEBIH 150 PROGRAM WARNAI WRUR REMBIA, FOKUS SELESAI ADUAN RAKYAT