
Kes pemerasan: Dua anggota dilepaskan dengan jaminan
JOHOR BAHRU, 11 Februari – Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, yang ditahan dua hari lepas, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000, dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kedua-dua anggota polis berusia 29 dan 37 tahun dari Bahagian Narkotik IPD Seri Alam itu tidak disambung reman sementara polis melengkapkan siasatan.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dilengkapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dua lagi anggota dari Ibu IPD Seri Alam ditahan semalam sebelum direman dua hari, bagi membantu siasatan kes pemerasan tersebut.
Bagaimanapun, Kumar berkata seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan tujuh anggota dari IPD Seri Alam yang direman sejak Rabu lepas sudah dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Pada jam 9.32 malam Isnin lepas, Polis Johor menerima laporan berkaitan kes dakwaan pemerasan membabitkan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
