
Kes pukul: Dua polis trafik dilepaskan dengan jaminan polis
KANGAR 22 Julai – Dua anggota polis trafik berpangkat koperal yang direman tiga hari bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh pada Jumaat lepas, dilepaskan dengan jaminan polis semalam.
Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak polis sedang menunggu laporan perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa dalam menyiapkan sepenuhnya kertas siasatan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhammad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Kedua-duanya yang berusia awal 30-an dilaporkan ditahan pada Jumaat selepas polis menerima laporan bahawa lelaki warga Bangladesh itu dipercayai dipukul dan diperas ugut oleh mereka dan nilai wang dipercayai diterima daripada peras ugut itu ialah sebanyak RM700. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
ISU NAJIB: DR. AKMAL ARAH JENTERA PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA
SUNGAI RAMBAI 7 November - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengarahkan seluruh jentera Pemuda UMNO...
PRN MELAKA: TOK RAUF MAHU BIMBING PEMIMPIN MUDA, DR. AKMAL ANTARA ANAK DIDIK BERJAYA
SUNGAI RAMBAI 7 November - Pengalaman membimbing pemimpin muda termasuk calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.27 Dewan Undangan Negeri...
DR. YADZIL ERATKAN KESEPADUAN JENTERA BN-PN DI BEMBAN
BEMBAN 7 November - Kesepaduan jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban...
25,000 PELUANG KERJA BERSANDARKAN STRATEGI PELABURAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Sasaran menyediakan 25,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun bukan angka yang diumumkan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya...
