Sorting by

×

KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA

Masa Membaca:57 Saat

TANJUNG BIDARA 21 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang bertugas di Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ujar beliau, jasa dan pengorbanan setiap petugas barisan hadapan seperti polis, bomba, tentera dan petugas kesihatan, hinggalah pekerja pelbagai sektor lain wajar dihargai kerana mereka inilah yang memastikan kesejahteraan rakyat di negeri bersejarah ini.

“Kepada semua yang bertugas, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin saya ucapkan.

“Mereka inilah yang akan membantu memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat sepanjang lebaran ini dan saya doakan semoga tugas dan amanah digalas mereka diberkati Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di MelakaFM menerusi panggilan telefon di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut berkongsi warna baju raya yang dipakainya bersama keluarga pada pagi raya pertama iaitu bertemakan ‘lavender’.

Perkongsian itu dibuat susulan MelakaFM menganjurkan peraduan teka warna baju raya Ketua Menteri sempena 1 Syawal tahun ini, di mana rakyat Melaka yang meneka dengan tepat baju raya pagi dan petang hari raya pertama bakal menerima hadiah istimewa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

348
Kongsi :
Previous post TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
Next post ‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’