
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar Ramadan Taman Rambai Jaya, di sini.
Ketibaan beliau kira-kira jam 6.20 petang itu disambut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin serta barisan pemimpin setempat.
Ketua Menteri kemudiannya menyantuni peniaga-peniaga di bazar berkenaan dan sempat beramah mesra dengan pengunjung bazar.
Beliau turut menyempurnakan gimik serahan lesen perniagaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada peniaga, selain memberi sumbangan kurma kepada orang ramai.
Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit dan kemudiannya bergerak menuju ke Masjid Tun Mohd Khalil Yaakub, Tanjung Minyak, bagi menyempurnakan Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Parlimen Tangga Batu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...

