Sorting by

×

RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

PAYA RUMPUT 13 Mac – Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan berupa wang tunai itu melibatkan peruntukan berjumlah RM12,000 berserta kit makanan.

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri dan saya sendiri sebagai Ketua Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat terutamanya dalam mendepani bulan Ramadan.

“Besar harapan saya semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat sekali gus membawa sinar kegembiraan dan mengukir senyuman mereka terutamanya dalam menjalani bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Peringkat Parlimen Tangga Batu di Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Adun Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat; serta lain-lain kenamaan.

Tambah Ketua Menteri, selain sumbangan kepada asnaf dan insan memerlukan, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM388,700 merangkumi sumbangan Ihya’ Ramadan untuk masjid dan surau di bawah Parlimen Tangga Batu.

Jelas beliau, peruntukan tersebut juga merangkumi utiliti bagi 26 buah masjid dan 102 surau serta pengurusan jenazah wanita dan penggali kubur di Parlimen tersebut.

“Selain itu, Imam 1, Imam 2, Bilal serta Noja turut menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM52,000 daripada Kerajaan Persekutuan yang akan disalurkan terus ke akaun masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

19
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
Next post RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027