
Ketua Polis Melaka terima kunjungan hormat MHI
AYER KEROH 8 Sept – Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tetinggi Melaka Hari Ini (MHI) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Kunjungan itu diketuai Ketua Pegawai Operasi (COO) MHI, Anuar Shaari dan Pengurus Pemasarannya, Muhammad Hamzi Rosmani.
Turut hadir ketika kunjungan hormat itu, Ketua Cawangan Khas Melaka, Asisten Komisioner Salim Youb.

Dalam kunjungan yang berlangsung selama kira-kira satu jam setengah itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk perancangan program yang boleh dijalinkan secara rakan strategik antara warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MHI.
Dalam pertemuan itu, Mat Kasim turut memberi cadangan supaya akhbar MHI diedarkan di 36 balai polis di negeri ini supaya masyarakat dapat menghabiskan waktu dengan membaca MHI ketika menunggu giliran.
Malah, beliau turut berbesar hati dengan mencadangkan MHI menjadi rakan strategik bagi program berbasikal ‘Fun Ride’ diadakan bersempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang akan disambut pada 9 Oktober ini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
