Sorting by

×

Keunikan Kota Laksamana perlu dipelihara

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KOTA LAKSAMANA 12 Oktober – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana merupakan antara kawasan dalam Negeri Melaka yang mempunyai keunikan tersendiri.

Mana tidaknya, kawasan yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka itu menggabungkan kombinasi bandar baharu dan bandaraya bersejarah, sekali gus menjadikan ia sebahagian lokasi tumpuan utama pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong berkata, selain sebahagian kawasannya terletak di dalam kawasan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), sebahagian lagi pula merupakan bandar baharu daripada kawasan tambakan laut yang dikenali sebagai Kota Syahbandar.

“Memandangkan Kota Laksamana juga merupakan sebahagian bandar bersejarah, aspek pemuliharaan monumen, bangunan dan rumah-rumah lama menjadi antara fokus utama saya.

“Jadi, saya telah memohon kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri supaya kita pantau kawasan UNESCO yang sering menjadi tumpuan pelancong.

“Aspek pemuliharaan tempat bersejarah ini amat penting kerana ia juga merupakan imej Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan pemantauan beras di sebuah pasar raya, di sini, baru-baru ini.

Chee Leong yang juga Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, antara kawasan tumpuan pelancong di kawasannya ialah di Masjid Kampung Hulu, selain Jalan Harmoni yang menempatkan tiga rumah ibadat iaitu masjid, kuil dan tokong di satu jalan yang sama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1531
Kongsi :
Previous post Mujur mendiang suami tinggal ‘bekal’ untuk anak-anak
Next post Belajar automotif bukan sekadar untuk jadi ‘pomen’ kereta
Ubah saiz-+=