KIBARAN JALUR GEMILANG MERIAHKAN BOLING KRT ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Gelanggang boling bukan sekadar menjadi medan persaingan sihat, malah dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alor Gajah untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan menyemarakkan semangat patriotik bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Kejohanan Bowling Muhibbah Antara KRT Seluruh Alor Gajah dan Pejabat Perpaduan Daerah Alor Gajah Siri 3 diadakan di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) pada 16 Ogos lalu itu menghimpunkan 100 peserta membabitkan 25 pasukan KRT dari seluruh daerah berkenaan.

Pengerusi KRT Taman Seri Kelemak, Ridhuan Othman berkata, penganjuran kali ini diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik sebagai simbolik menyemarakkan semangat cintakan negara.

“Elemen patriotik ini bukan sahaja menceriakan suasana kejohanan, malah diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan dan cintakan negara dalam kalangan peserta,” katanya.

WhatsApp Image 2026 08 18 at 1.55.24 PM (1)
RIDHUAN.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian serta Pejabat Perpaduan Daerah Alor Gajah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan berkenaan.

Katanya kejohanan itu membuktikan aktiviti sukan mampu menjadi medium untuk mempertemukan masyarakat daripada pelbagai kawasan, selain memperkukuh peranan KRT sebagai penggerak aktiviti kemasyarakatan.

“Ini adalah ruang untuk ahli KRT daripada pelbagai kawasan berkumpul dan berinteraksi dalam suasana santai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

306
Kongsi :
Previous post NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA