
Kitar semula, dapat duit…
AYER KEROH 25 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merekodkan nilai belian sebanyak RM5,410.68 menerusi Program Anda Kitar, Kami Bayar (Waste to Wealth) sempena Minggu Alam Sekitar MBMB 2021 di Dataran Bandaraya MBMB secara pandu lalu, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, daripada jumlah itu sejumlah RM2,246.40 adalah pembelian semula minyak terpakai biodiesel (1,248 kilogram), barangan e-waste (barangan elektronik terpakai) seberat 1,858.65 kilogram dengan nilai pembelian semula RM371.73.
“Selain barangan fabrik seberat 4,595 kilogram dengan nilai belian semula RM495 serta barangan 3R seberat 2,370 kilogram dengan nilai belian semula RM438.90.
“Program diadakan dari jam 9 pagi hingga 1 petang ini sekali gus menggalakkan orang ramai untuk menjana pendapatan melalui belian semula produk 3R,” katanya kepada MHI.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...
