KKDW LULUS PEMBINAAN JALAN BAHARU AYER MOLEK-KUALA LINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER LIMAU 25 Oktober – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan permohonan Kerajaan Negeri bagi pembinaan jalan baharu menghubungkan antara Kampung Ayer Molek ke Kuala Linggi.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, projek itu bakal dimulakan tahun hadapan dan merupakan satu bentuk pembangunan fasiliti bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi sekitar.

Katanya, projek dianggarkan bernilai RM125 juta itu bakal menambah satu lagi laluan alternatif buat penduduk sekitar, selain sebagai persediaan kepada pembangunan kawasan perindustrian baharu yang dirancang Kerajaan Negeri.

“Laluan ini juga akan memberikan kemudahan kepada penduduk atau pengguna jalan raya dari Negeri Sembilan, khusus mereka yang menghala ke Alor Gajah dan pekan Masjid Tanah.

“Mengikut perancangan projek ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan selepas proses tender selesai dan kontraktor dilantik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau berkata, Kerajaan Negeri sedang merangka pembinaan lebih banyak laluan baharu yang menghubungkan antara bandar tumpuan dan desa.

Menurutnya, pembinaan laluan baharu itu juga adalah antara inisiatif dilaksanakan KKDW dalam menyediakan rangkaian jalan perhubungan desa yang lebih cekap dan berkualiti.

“Ketika ini kita juga ada perancangan untuk bina jalan baharu di beberapa kawasan di negeri ini sebagai yang juga salah satu usaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

228
Kongsi :
Previous post AMCA DAN SOMCA TUMPU TIGA AGENDA UTAMA, TINGKAT KERJASAMA BUDAYA
Next post PERSEMBAHAN BUDAYA DI EMPAT LOKASI HUJUNG MINGGU INI
Ubah saiz-+=