
KKM sahkan individu positif COVID-19 hadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas disahkan positif COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala dan kini telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada.
“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kontak rapat yang telah dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).
Beliau berkata semua yang hadir ke mesyuarat itu telah menjalani saringan kesihatan hari ini dan sampel diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN RM8,000 PERKASA PDK SERI KEMUNTING, BERI MANFAAT KEPADA 40 PELATIH
TANJUNG BIDARA 18 September – Usaha memperkasa kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) di PDK Seri Kemunting terus mendapat perhatian...
TAK PERLU TUNGGU SIMPTOM, KOMUNITI DIGALAK MANFAATKAN SARINGAN KANSER PERCUMA
TANJUNG BIDARA 19 September - Tidak perlu tunggu sehingga muncul simptom atau keadaan kesihatan semakin merosot, sebaliknya orang ramai digalakkan...
SARUNG BUKAN SEKADAR WARISAN, SIMBOL PELANCONGAN – NORANIZA IDRIS
BANDA HILIR 19 September - Sarung bukan sekadar pakaian tradisional masyarakat tempatan, malah mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai produk...
KEPRIHATINAN TOK RAUF KEKUATAN MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 19 September - Bantuan kediaman baharu daripada Kerajaan Negeri mengembalikan keceriaan buat keluarga ini apabila rumah pusaka menjadi...
TANJUNG BIDARA BERSELAWAT HIMPUNKAN LEBIH 5,000 UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 18 September - Lebih 5,000 umat Islam hadir memeriahkan Program Tanjung Bidara Berselawat sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
