
Menteri Agama positif COVID-19
MELAKA 5 Okt. – Menteri Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri mengesahkan dirinya positif COVID-19, menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Menerusi kiriman itu beliau memaklumkan dirinya sedang menjalani rawatan dan menyarankan orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkannya pada 24 September lalu agar melakukan pemeriksaan saringan COVID-19 di pusat kesihatan berhampiran dengan segera.
“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya menerusi kiriman di laman Facebook sebentar tadi.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
