Kluster Jalan Kolej Yayasan tamat

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Julai – Jabatan Kesihatan negeri (JKN) Melaka mengisytiharkan Kluster Jalan Kolej Yayasan tamat hari ini.

Menurut JKN ia berikutan tiada kes jangkitan baharu direkodkan dari kluster berkenaan, hari ini.

“Penularan kluster ini berlaku dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan dengan 34 kes kumulatif jangkitan COVID-19 direkodkan,” kata JKN dalam hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan, kluster membabitkan sebuah institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Durian Tunggal, Alor Gajah dikesan pada 27 Mei lalu.

Pada awalnya, seramai 56 kontak rapat telah disaring dan 16 disahkan positif COVID-19 selepas kes indeks merupakan pelajar berusia 17 tahun yang pulang beraya di Damansara, Selangor selama lapan hari sebelum ia merebak dalam kalangan pelajar di institusi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, data JKN menunjukkan 290 kes positif COVID-19 dilaporkan di Melaka membabitkan 264 jangkitan tempatan 24 kes jangkitan banduan dan dua kes import.

Turut direkodkan, satu kematian di Kuala Sungai Baru membabitkan lelaki berusia 59 tahun dan disahkan positif wabak itu sejak 29 Jun lalu.

Lelaki terbabit turut menghidap penyakit kronik iaitu darah tinggi, penyakit kolesterol, buah pinggang kronik dan kegagalan jantung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

340
Kongsi :
Previous post Belum terima cadangan PKPD – MKN
Next post COVID: 6,045 kes baharu, kes kumulatif cecah 778,652
Ubah saiz-+=