KM jelas isu royalti pengeluaran pasir laut

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

Berikut adalah penjelasan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengenai isu royalti pengeluaran pasir laut.

“Bagi permohonan dan kelulusan pengeluaran pasir laut bagi kawasan melebihi 3 batu nautika ke pantai, adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

“Manakala kawasan yang kurang daripada  3 batu nautika ke pantai itu di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian.

“Jadi, bagi bayaran royalti untuk pengeluaran pasir ni dia ada dua jenis bayaran yang dikenakan bagi tujuan pengeluaran pasir. Bermakna pasir melebihi 3 batu nautika bukan kita. Dia mesti dapat kelulusan Federal JKPTG.”

“Ada dua jenis bayaran. Bayaran pertama mengikut jumlah pasir yang dikeluarkan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Kaedah Tanah Melaka ataupun Kanun Tanah Negara.

“Oleh itu, hasil ini disalurkan kepada kerajaan Persekutuan atau kawasan melebihi 3 batu nautika tu atau Kerajaan Negeri untuk kawasan kurang di bawah 3 batu nautika bermakna, nak sedut pasir nak tambak yang itu bawah Kerajaan Persekutuan.

“Yang di bawah 3 nautika, di bawah Kerajaan Negeri. Sehingga hari ini untuk negeri, kita tak benarkan untuk kerja kerja pegorekan pasir sebab berlaku hakisan pantai. Itu kita tak benarkan.

“Kemudian bayaran royalti pasir yang dikenakan kepada syarikat yang mendapat konsesi tambak laut ini, mengikut keluasan yang diluluskan seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian dan hasil ini akan disalurkan kepada kerajaan negeri.

“Sejak 2020, bayaran ini telah disatukan dengan bayaran lain yang dkenakan kepada syarikat konsesi tambak laut dan dinamakan bayaran pembangunan negeri.”

“Jadi tidak timbul dakwaan menyatakan kerajaan tidak mengutip bayaran royalti pasir secukupnya.”

“Melaka ni daripada zaman Datuk Setia Ghani Ali dulu, kerja-kerja penambakan laut ini sudah pun bermula.

“Sehingga hari ini, lebih 10,000 ekar tanah yang telah diberikan konsesi (sejak dahulu lagi) untuk kerja kerja tambak. Yang ditambak baru 3,000 ekar. Yang diusahakan, lebih kurang dalam 300 ekar.”

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

701
Kongsi :
Previous post UMNO tolak BERSATU hanya pandangan peribadi- Ahmad Faizal
Next post Mentaliti atlet perlu diubah – Ahmad Faizal
Ubah saiz-+=