
KM santuni warga Merlimau
MERLIMAU 27Jun – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali, pagi ini telah melawat beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Dalam lawatan itu, Sulaiman turut sempat meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penduduk, peniaga dan nelayan di kawasan berkenaan.
Di akhir lawatan, beliau telah dijemput menghadiri dan merasmikan program Jelajah Agropreneur Muda (JAM) 2020 di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin.
Bagi fasa pertama tahun 2020, seramai lima agropreneur muda telah diluluskan geran berjumlah RM75,000 daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA)
Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Roslan Ahmad.
-Berita selanjutnya menyusul-
Views:
Related


Berita Lain
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...
MELAKA RIVER CRUISE TERIMA ANUGERAH GLOBAL DI SHANGHAI
AYER KEROH 30 Mei - Melaka River Cruise sekali lagi melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan di peringkat global sebagai sebuah...
AIDILADHA SERLAH MUAFAKAT PENDUDUK TAMAN RAMBAI UTAMA
PAYA RUMPUT 30 Mei - Semangat muafakat dan kerjasama masyarakat bergotong-royong bagi menyempurnakan ibadah korban mewarnai sambutan Aidiladha di Taman...
‘PETTING ZONE’ PIKAT PENGUNJUNG ZOO MELAKA
AYER KEROH 30 Mei - Tarikan ‘Petting Zone’ di Zoo Melaka menjadi antara aktiviti paling diminati pengunjung sempena cuti sekolah...
