KM yakin kepimpinan TYT ke-7 mampu lonjak kegemilangan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 5 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali yakin kepimpinan yang dimiliki Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam mampu melonjakkan kemajuan negeri pada masa akan datang.

Berbekal pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki TYT Tun, Sulaiman optimis kecemerlangan negeri ini mampu diteruskan, bahkan mungkin mampu mengembalikan kegemilangan era keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

“Berbekal pengetahuan dan pengalaman yang begitu luas TYT Tun dalam hal ehwal pentadbiran dan kepimpinan sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri Melaka, saya bagi pihak Kerajaan dan rakyat Negeri Melaka menaruh penuh keyakinan betapa Negeri Melaka yang dicintai ini akan terus melakar kejayaan, mencipta kecemerlangan dan menempa kegemilangan seperti yang pernah dikecapi dalam era keagungan Kesultanan Melayu Melaka di bawah naungan TYT Tun sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka.

“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat negeri Melaka, saya akan terus bersama-sama berganding bahu dan berpimpin tangan dengan TYT Tun, dalam memajukan lagi Negeri Melaka dengan mensejahterakan kehidupan rakyat serta memakmurkan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memperbaharui ucapan taat setia bersempena dengan Istiadat Angkat Sumpah dan Menandatangi Surat Cara Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Seri Negeri, pagi tadi.

Dalam pada itu, Sulaiman turut menzahirkan harapan agar semua pihak dapat terus menyokong kerajaan negeri terutama ketika berdepan keadaan yang serba mencabar kini iaitu penularan pandemik Covid-19.

Ujarnya, walaupun kerajaan negeri kini masih lagi baharu namun beliau percaya kerjasama semua pihak dapat membantu Melaka melepasi situasi yang amat sukar ketika ini.

“Saya amat yakin dan percaya dengan sokongan padu, nasihat serta panduan daripada TYT Tun, negeri Melaka bumi bertuah ini mampu menempa semula kegemilangannya dalam acuan dan kerangka yang tersendiri. Kepada Allah SWT, saya berserah dan memohon pertolongan serta perlindungan,”

Views:

467
Kongsi :
Previous post Mohd Ali anak Melaka pertama dilantik Yang di-Pertua Negeri
Next post TYT mahu lihat perpaduan rakyat Melaka kekal utuh
Ubah saiz-+=