KMB perlu tingkat aliran tunai dalam aktiviti perniagaan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 26 November – Kerajaan Negeri berharap Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dapat meningkatkan aliran tunai syarikatnya dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti perniagaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata perniagaan itu mestilah relevan dan menjadi entiti perniagaan pilihan kepada pekerja, pelabur dan rakan niaga.

“KMB juga mampu menjadi sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab dengan menyumbang dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat semasa melaksanakan aktiviti perniagaan.

“Saya juga dimaklumkan tahun 2022 KMB mencapai keuntungan berbanding tahun sebelumnya, prestasi ini wajar dikekalkan dan ditingkatkan supaya KMB mampu meraih keuntungan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

0B8A9C35-5390-4E31-A1D0-8ADD87937081
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan 2022 Kumpulan Melaka Berhad di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan 2022 Kumpulan Melaka Berhad (KMB) ‘ The Glamorous Night’ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Munirah M. Yusop; Timbalan Pengerusi KMB, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Ketua Pegawai Eksekutif KMB, Salleh Jusman.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KMB merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi dan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Masrul Faizal Mohamad.

Ujarnya, untuk mencapai keuntungan tinggi, komitmen padu diperlukan bukan hanya di peringkat pengurusan tertinggi, malah semua kakitangan perlu berganding bahu.

“Saya harap KMB dapat menjadi salah sebuah syarikat yang berjaya untuk Negeri Melaka di samping berusaha untuk menjadi GLC yang dinamik dan progresif.

“(Ia) termasuklah pengurusan perniagaan yang cekap dan berkesan dengan menceburkan diri dalam projek yang menguntungkan dan mampan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1831
Kongsi :
Previous post KMB fokus aktiviti maritim
Next post 4,000 penyokong JDT bakal gamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini
Ubah saiz-+=