
Kompleks Renang MBMB dibuka hari ini
AYER KEROH 15 Julai – Kompleks Renang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mula dibuka hari ini (15 Julai) bagi aktiviti renang/latihan tanpa sentuhan fizikal.
MBMB menerusi kenyataan Facebook rasmi Unit Media MBMB menjelaskan sebelum ini kompleks renang tersebut telah ditutup sementara mulai 18 Mac lalu berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos telah membenarkan aktiviti sukan air mulai 1 Julai dengan syarat-syarat pematuhan prosedur standard operasi (SOP) dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Belia dan Sukan.
Rentetan itu, aktiviti renang/latihan (termasuk juga aktiviti latihan terjun dan latihan menyelam) kini mula dibenarkan di dalam kolam renang MBMB mengikut sesi tertentu yang ditetapkan, dengan jumlah atlet atau peserta pada satu-satu sesi adalah terhad kepada 40 orang sahaja, setelah mengambil kira penjarakan mengikut kapasiti kolam.
Views:
Related

Berita Lain
MACAM-MACAM ADA DI HARI LANDSKAP NEGARA 2026 – KETUA MENTERI
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini meninjau persiapan akhir menjelang penganjuran...
ZIARAH KASIH DUN PAYA RUMPUT SANTUNI 40 KELUARGA
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Sebanyak 40 keluarga disantuni menerusi Program Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
MELAKA BERSELAWAT, PROGRAM PATRIOTIK WARNAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
KLEBANG 3 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Dataran Klebang dari 29 hingga 31 Ogos...
IBU TUNGGAL SEBAK, JELAJAH KETUA MENTERI MAKBULKAN DOA BAIKI RUMAH UZUR
TELOK MAS 3 Ogos - Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan sebak apabila hasratnya untuk membaiki kediaman yang uzur akhirnya...
IBU BAPA PUJI KOMITMEN MELAKA SAYANGI ANAK ISTIMEWA
DUYONG 3 Ogos - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas akses pemulihan dan terapi untuk anak-anak istimewa mendapat pujian ibu bapa...
AYAM RM5 TOK RAUF BAWA MAKNA BESAR UNTUK RAKYAT
TELOK MAS 3 Ogos - Lebih 2,000 ekor ayam ‘licin’ terjual menerusi inisiatif Program Jualan Murah Ayam RM5 Tok Rauf...

