Komuniti maritim Melaka meriahkan tayangan filem Coast Guard

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MELAKA 7 Feb – Seramai 113 warga dan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS) bersama persatuan nelayan dan anak yatim di negeri ini memeriahkan program tayangan filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi penguatkuasaan itu sebagai mempromosikan filem yang mengangkat wira perairan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Katanya, ramai tidak mengetahui penugasan di sebalik Maritim Malaysia, jadi filem berkenaan mengetengahkan penugasan anggota Maritim Malaysia atau APMM mengendalikan kes di perairan.

photo_2023-02-07_12-16-13
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak

“Program tayangan filem adalah untuk beramah mesra dengan komuniti maritim seperti persatuan nelayan di negeri ini dan keluarga Maritim Malaysia serta anak-anak yatim selain mempromosikan filem yang mengenengahkan peranan APMM kepada masyarakat,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Julia Farhana Marin, Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz; Sabri Yunus; Kodi Rasheed dan Hazama selain turut dibantu kira-kira 100 pelakon dan kru pegawai khas Maritim Malaysia.

Filem berkenaan yang mula ditayangkan serentak pada 2 Februari lalu adalah karya terakhir Allahyarham Pitt Hanif sebelum meninggal dunia pada 2019 dan kos penggambarannya menelan belanja RM13 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1482
Kongsi :
Previous post Gempa bumi kuat: Lebih 2,300 terbunuh di Turkiye, 1,300 di Syria, Ankara umum berkabung tujuh hari
Next post Arca instaworthy tarikan pelancongan di Masjid Tanah
Ubah saiz-+=