Kuat kuasa parkir kenderaan mulai 9 Ogos – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 6 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menguatkuasakan semula kawalan parkir kenderaan mulai 9 Ogos (Isnin) ini di kawasan pentadbirannya.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya MBMB memaklumkan penguatkuasaan itu di bawah Perintah Pengangkutan Jalan – Peruntukan Tempat Letak Kereta MBMB 2005.

Katanya, mana-mana kenderaan dipakir tidak masuk petak disediakan dan mendatangkan masalah akan dikompaun dan bayaran boleh dibuat mulai Rabu.

“Waktu operasi parkir bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Isnin, Selasa dan cuti umum.

“Kadar caj parkir atau tempat letak kereta berkupon RM0.60 sejam, RM0.40 (30 minit) dan RM5 (sehari).

“Bayaran petak parkir boleh dibuat sama ada melalui pembelian kupon letak kenderaan yang dijual di pondok-pondok penjualan kupon yang berdaftar atau melalui aplikasi ‘Smart Vehicle Parking’ yang boleh dimuat turun di Google Apps ataupun Apps Store,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun parkir percuma adalah pada setiap hari Isnin dan Selasa.

“Sehubungan itu, warga Bandaraya Melaka Bersejarah diingatkan untuk mematuhi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBMB 2005 dengan mempamerkan kupon mengikut tempoh waktu yang digunakan serta tidak mendatangkan halangan kepada kenderaan lain,” katanya.

 

NOTIS MBMB mengenai penguatkuasaan parkir kenderaan mulai 9 Ogos.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

33211
Kongsi :
Previous post Letak jawatan 48 jam bertentangan perundangan
Next post Zainal impi Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia
Ubah saiz-+=