Kuota 100 jemaah Solat Jumaat penuh tak sampai 15 minit

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PAYA RUMPUT 21 Mei – Walaupun jam baru menunjukkan angka 12.30 tengah hari, beberapa jemaah dilihat terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Cina, di sini, hari ini.

Ia susulan pengumuman Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam yang hanya membenarkan 100 jemaah sahaja menunaikan solat Jumaat di masjid dan 50 jemaah di surau berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang kini merekodkan pertambahan kluster melibatkan aktiviti keagamaan.

IMAM Masjid Cina, Murad Ahmat. Foto : MR. Azli

Imam 1 Masjid Cina, Murad Ahmad berkata pihaknya terpaksa menutup pintu masjid hanya 15 minit sejurus ia dibuka pada jam 12.15 tengah hari tadi berikutan kuota 100 jemaah sudah mencukupi mengikut arahan ditetapkan kerajaan negeri.

Jelasnya, pihak masjid menetapkan bilangan jemaah mengikut konsep siapa yang terawal datang ke masjid.

 

JEMAAH mematuhi SOP dengan merekodkan kehadiran di Masjid Cina, Paya Rumput hari ini. Foto : MR. Azli

“Kita tahu mungkin ada yang kecewa, tetapi ini semua terpaksa dilakukan dalam usaha membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19 dalam negara.

“Kita tidak mahu masjid atau surau menjadi tempat merebaknya wabak yang kita tidak nampak ini.

“Jadi, saya menasihati jemaah untuk datang lebih awal ke masjid ini bagi mendapatkan tempat untuk menunaikan solat Jumaat dan pada masa sama perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan digalakkan berwuduk dari rumah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

692
Kongsi :
Previous post Gencatan senjata Israel-Hamas: Hishammuddin gesa tumpu bantuan kemanusiaan
Next post COVID-19: ‘Curi-curi’ ziarah raya punca peningkatan kes di Melaka, Kelantan
Ubah saiz-+=