Lapan jam bermandi peluh padam 10 rumah kedai terbakar

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

MERLIMAU 15 April – Sepuluh rumah kedai dua tingkat di pekan Sungai Rambai, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sebelum pihak bomba dihubungi orang awam memaklumkan mengenai kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.44 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari BBP Merlimau dan BBP Jasin Bestari bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran di deretan rumah kedai 12 pintu terbabit.

“Api ketika itu sudah marak, dua tiga kedai sudah terbakar ketika bomba tiba dan operasi pemadaman dijalankan.

“Pihak bomba difahamkan 10 daripada 12 kedai itu adalah premis kosong dan hanya dua premis yang masih beroperasi di situ iaitu kedai kopi serta kedai menjual surat khabar,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, akibat daripada kejadian itu 10 kedai jenis kayu itu terbakar sepenuhnya dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada jam 11.46 pagi tadi.

“Disebabkan struktur kayu jadi api marak dengan cepat dan kebakaran dapat dikawal pada jam 4.45 pagi sebelum dapat dipadam sepenuhnya kira-kira tujuh jam kemudian.

“Selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan, pihak bomba kemudian meninggal lokasi kejadian dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran akan dilakukan pasukan forensik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1166
Kongsi :
Previous post Lima lemas dalam kejadian bot karam di Semporna, Sabah
Next post Lebih 500 Coopmart akan ditubuhkan
Ubah saiz-+=