Larian gamit semangat bola sepak Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 3 Januari – Seramai 1,200 peserta mengambil bahagian pada MAFA 100th Years Clean Eco Fun Run & Fun Ride berlangsung di Taman Botanikal, di sini, 30 Disember lalu.

Apa yang menarik sebahagian peserta mengikuti ‘fun run’ sejauh lima kilometer (km) dan fun ride 20km adalah dalam kalangan peminat bola sepak Negeri Melaka.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).

Sementara itu peserta, Noor Maliza Osman, dari Bukit Rambai berkata, dia teruja untuk mengambil bahagian dalam acara larian kerana tertarik dengan rekaan baju program itu.

“Sebagai orang Melaka dan peminat bola sepak, ini adalah tanda sokongan saya kepada MAFA. Selain baju, rekaan medal juga menarik, menjadi harapan saya untuk melihat bola sepak Melaka akan terus maju selepas ini.

“Diharapkan larian seperti ini akan diteruskan lagi, kalau boleh anjurkan setiap bulan kerana di Negeri Melaka program riadah sukan masih kurang,” katanya.

Manakala bagi Mohd Fazrulnizam Sulaiman, trek larian yang dikelilingi tumbuhan hijau selain persekitaran yang nyaman menjadikan dia bersemangat untuk berlari.

“Diharapkan bagi penganjuran akan datang jarak larian dipanjangkan lari, memang tidak puas berlari, tetapi secara keseluruhan saya amat berpuas hati,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1377
Kongsi :
Previous post PETRONAS Penapisan Melaka pemangkin pembangunan ekonomi, komuniti Melaka
Next post Tarikan bermalam di puncak berlatarbelakangkan Gunung Ledang
Ubah saiz-+=