
LAUNGAN MERDEKA GEMAKAN DATARAN ORANG KAMPUNG
MERLIMAU 31 Ogos – Laungan Merdeka ssbanyak tujuh kali dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan disahut puluhan ribu rakyat menggemakan Dataran Orang Kampung Merlimau, malam tadi.
Ia bersempana Majlis Sambutan Ambang Merdeka Kali Ke-67 Peringkat Negeri Melaka.
Terdahulu, beberapa jam sebelum tengah malam, lebih 30,000 pengunjung membanjiri dataran berkenaan bagi bersama-sama meraikan kemerdekaan negara ke-67 tahun.
Pengunjung yang hadir turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan pentas oleh artis terkenal tanah air.
Kira-kira jam 11.45 malam, Ab Rauf telah menyampaikan amanat kemerdekaan sebelum pengunjung yang hadir bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air.
Sejurus jam 12 tengah malam, Ab Rauf melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali sebelum memotong kek sebagai gimik sambutan dan diakhiri pertunjukan bunga api.
Penganjuran di Dataran Orang Kampung Merlimau itu merupakan julung kali sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri diadakan di luar kawasan bandar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM CIPTA REKOD KUIH KERIA TERBANYAK, KONDA KONDI TERBESAR
BANDARAYA MELAKA 23 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencipta sejarah tersendiri dalam industri pelancongan negeri apabila...
E-MEL RAKYAT LENGKAPKAN EKOSISTEM MELAKA PINTAR
AYER KEROH 23 Julai - Inisiatif E-Mel Rakyat bakal melengkapkan ekosistem transformasi digital Melaka bersama pelaksanaan Kampung Digital dan Kubur...
E-MEL RAKYAT JADI IDENTITI DIGITAL MELAKA
AYER KEROH 23 Julai - E-Mel Rakyat bakal menjadi asas kepada identiti digital tunggal rakyat Melaka pada masa akan datang,...
KEUTAMAAN E-MEL RAKYAT KEPADA PEMEGANG MYKAD 04
AYER KEROH 24 Julai - Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada rakyat Melaka yang memegang MyKad berkod '04' dalam pelaksanaan awal...
SMK GHAFAR BABA SEKOLAH PERINTIS PENGGUNAAN E-MEL RAKYAT
AYER KEROH 23 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah dipilih sebagai sekolah rintis bagi pelaksanaan Inisiatif...
ERA BAHARU KAMPUNG DIGITAL BERMULA 2027
AYER KEROH 23 Julai - Rakyat Melaka yang terbabit dengan inisiatif Kampung Digital perlu segera menukar alamat kad pengenalan dan...
