Lawatan Menteri Kesihatan pantau situasi semasa Hospital Melaka

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 19 Julai – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengadakan lawatan ke Hospital Melaka bagi melihat keadaan dan situasi semasa hospital berkenaan yang semakin kritikal, malam tadi.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata lawatan itu termasuklah memfokuskan beberapa perkara utama membabitkan fasiliti hospital.

DR Adham dan Ridhwan bersama pegawai kesihatan Hospital Melaka menyertai lawatan malam tadi.

“Ada tiga perkara yang diketengahkan seperti masalah pertama bekalan elektrik, kedua bekalan oksigen buat pesakit dan ketiga masalah kekurangan petugas kesihatan di hospital.

“Kita sedia maklum hampir keseluruhan kawasan hospital ini sudah menjadi lokasi merawat pesakit COVID-19 sehingga terpaksa membuka khemah di luar hospital.

“Semoga dengan lawatan ini dapat mempermudahkan segala kelulusan keputusan dan dana yang diperlukan oleh Hospital Melaka untuk terus beroperasi mengharungi pandemik ini,” katanya ketika dihubungi MHI.

Pada lawatan itu Dr Adham berkesempatan melihat sendiri wad unit rawatan rapi (ICU) serta wad-wad pesakit di Hospital Melaka.

Lawatan tersebut bermula pada jam 9.30 malam dan selesai pada jam 11 malam yang turut dihadiri beberapa pegawai kesihatan Hospital Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

826
Kongsi :
Previous post ‘Jualan daging lembu tak macam nak raya’
Next post Al-Sultan Abdullah titah acara, sambutan ulang tahun keputeraan ditangguh- SUK Pahang
Ubah saiz-+=