Lebih 10,000 motosikal berhimpun di Kuala Sungai Baru

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LINGGI 24 November – Himpunan motosikal lebih 10,000 penyertaan seluruh negara dan beberapa negeri jiran akan dihimpunkan dalam program mega Melaka Bike Week 2022 diadakan mulai esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Rosli Abdullah berkata, pelbagai acara menarik dianjurkan dalam program berlangsung tiga hari di Universiti Melaka (Unimel) yang turut membabitkan penyertaan dari negara Singapura, Thailand, Brunei dan sebagainya.

“Kita menjangkakan lebih 30,000 pengunjung akan hadir dalam program diadakan itu yang menawarkan pelbagai program menarik antaranya pameran motosikal, sesi bual bicara, persembahan artis tempatan, gerai jualan dan pelbagai lagi.

“Pada program diadakan itu lebih 200 kelab permotoran seluruh negara telah dihimpunkan terdiri daripada pelbagai jenis motosikal bermula daripada jenis klasik sehinggalah jenis berkuasa tinggi.

“Program kemuncak akan berlangsung pada Sabtu sekitar jam 4 petang dan difahamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali akan merasmikan program diadakan itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan himpunan motosikal terbesar kerana bakal berpeluang memenagi beberapa hadiah utama dalam sesi cabutan bertuah pada program terbabit.

Cabutan bertuah itu menawarkan tiga jenis motosikal sebagai hadiah utama membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Honda RSX150 dan Modenas Karisma.

Selain itu, 10 buah kelmet Gracshaw dan 10 buah helmat Givi juga turut menanti tangan bertuah dalam acara diadakan kali ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3944
Kongsi :
Previous post Terap prinsip Rukun Negara sejak kecil – KM
Next post UTeM anjur persidangan antarabangsa ICoGOIA 2022
Ubah saiz-+=