Sorting by

×

Lebih 15 peniaga kecil terima barang asas meniaga

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

GADEK 5 Ogos – Lebih 15 peniaga kecil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima sumbangan berupa barangan untuk meniaga dari bulan Januari sehingga hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek VP Shanmugam berkata kesemua barangan asas perniagaan tersebut bagi meringankan bebanan peniaga.

Katanya, kesemua penerima dalam kalangan peniaga golongan B40 dan ada diantara mereka menerima barangan seperti kerusi, meja, khemah dan payung untuk meneruskan perniagaan.

“Untuk hari ini sahaja sebanyak tiga penerima khemah untuk peniaga kecil disumbangkan kepada tiga usahawan muda yang baharu nak memulakan perniagaan di pasar malam Pasar Satellite, Pulau Sebang.

“Kebanyakan barangan asas perniagaan seperti khemah, meja, payung dan kerusi ini diberikan kepada mereka yang telah memohon dan pemberian ini berperingkat dan mengikut fasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada peniaga golongan B40 pada Hari Bertemu Rakyat Gadek di Japerun Gadek hari ini.

Mengulas lanjut, Shanmugan berkata pasar malam Pasar Satellit, Pulau Sebang menerima sambutan yang menggalakkan oleh penduduk setempat selepas sebulan beroperasi.

“Lebih 300 peniaga di Pasar Satellite beroperasi pada setiap hari Selasa setiap minggu.

“Dan kini kita menerima permintaan untuk mengadakan Pasar Karat dan Car Boot Sales pula, namun itu masih dalam perancangan pihak kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1514
Kongsi :
Previous post Berlatih untuk menyelamat
Next post 1,500 Jalur Gemilang berkibar di Bandaraya Melaka
Ubah saiz-+=