Sorting by

×

LEBIH 150 PEMINAT KENDERAAN REKREASI MERIAHKAN CAMPER RALLY RAYA @TETC

Masa Membaca:54 Saat

RIM 20 April – Lebih 150 ahli Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Sempena Camper Rally Raya @ Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC), di sini, semalam.

Dianggarkan lebih 60 kenderaan rekreasi milik ahli persatuan terbabit memenuhi tapak Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di TETC sejak Khamis lalu.

Difahamkan, majlis sambutan Aidilfitri terbabit merupakan malam kemuncak sepanjang tiga hari empat malam ahli-ahli persatuan tersebut melaksanakan simulasi di RV Park TETC.

Sambutan Camper Rally Raya itu turut dimeriahkan dengan pelbagai hidangan yang dimasak secara rewang oleh ahli-ahli persatuan.

Lebih 15 jenis hidangan disediakan, antaranya lemang, nasi impit, kuah kacang, ayam sambal, ayam masak merah serta pelbagai lagi.

Acara kemuncak majlis sambutan Aidilfitri itu dengan sesi penyerahan hadiah kepada pemenang RV terbaik; pakaian terbaik individu, pasangan dan keluarga.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh dan Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Farman Othman.

Pada majlis tersebut turut diagihkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak terdiri daripada anak ahli persatuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

652
Kongsi :
Previous post ‘SAUDARA BAHARU’ TERUJA KEMERIAHAN SUASANA AIDILFITRI
Next post AMALKAN SUNNAH PASTI BEROLEH KEJAYAAN