Lebih 2,000 meriahkan iftar santai MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 6 April – Lebih 2,000 umat Islam hadir, sekali gus memeriahkan lagi Majlis Iftar Santai Bersama Keluarga @Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, hari ini.

Majlis berbuka puasa secara santai itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Photo1712404130 (1)
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyantuni orang ramai hadir memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Keluarga @Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada majlis itu juga seramai 590 asnaf dan mualaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diraikan selain menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Menteri.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati orang ramai yang hadir turut menerima sumbangan makanan dan minuman percuma.

Konsep iftar santai umpama berkelah itu dilihat menerima sambutan positif daripada masyarakat yang hadir ke majlis terbabit.

Pada majlis tersebut, pihak MBMB turut menyediakan khemah untuk orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

232
Kongsi :
Previous post Abaikan panggilan tidak dikenali untuk elak kerugian – Polis
Next post Bazar Aidilfitri berpusat Ramadan 2025
Ubah saiz-+=