
Lebih 3,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Katil, PERTAM
BUKIT KATIL 22 Mei – Yang Di Pertua negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil hari ini.
Majlis yang diadakan di Dewan Demang Husin, di sini, itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum.
Turut memeriahkan majlis kehadiran barisan EXCO Kerajaan Negeri antaranya Ngwe Hee Sem, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta V P Shanmugam.
Rumah terbuka itu merupakan anjuran bersama JAPERUN Bukit Katil dan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) yang diketuai Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.
Lebih 3,000 penduduk setempat daripada pelbagai peringkat umur termasuk orang kenamaan hadir pada majlis rumah terbuka itu.
Meskipun kerajaan sudah mengumumkan peralihan ke fasa endemik namun pengunjung yang hadir dilihat masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...


