
Kutip 45kg sampah di tapak tinggalan Eye On Malaysia
KOTA LAKSAMANA 22 Mei – Sebanyak 45 kilogram (kg) sisa sampah seperti plastik, kain dan bekas makanan dikutip di pesisiran pantai Kota Laksamana (tapak lama Eye On Malaysia).
Ia merupakan antara pengisian program Sayangi Ekosistem Persisiran Pantai MBMB bersama pelajar Kolej Politech Mara Ipoh yang diadakan semalam.
Program itu melibatkan seramai 15 pelajar secara bergotong-rotong.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu kenyataan memaklumkan program tersebut merupakan salah satu kerjasama dengan komuniti di bawah program local agenda 21 (LA 21).
“Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan kawasan sekitar serta menjamin keselamatan untuk orang ramai beriadah.
“Du samping itu, ia diharap memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penjagaan ekosistem alam semula jadi di pesisiran pantai.
“MBMB merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian untuk menjayakan Program Khidmat Sosial ini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
