Lebih 4,000 rakyat ikuti Telegram MYMELAKANEWS

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 4 Jun – Telegram MYMELAKANEWS yang dilancarkan Kerajaan Negeri pada 21 Mei lalu telah diikuti lebih 4,000 rakyat setakat ini.

Ketua Menteri DatuK Seri Utama Ab Rauf Yusoh, platform itu diwujudkan sebagai wadah penyampaian hebahan Kerajaan Negeri secara terus kepada rakyat.

Ujarnya, ia juga merupakan sebahagian daripada strategi pemantapan pentadbiran Kerajaan Negeri yang lebih efisien melalui platform digital.

“Kini, terdapat lebih 4,000 rakyat telah menyertai akaun rasmi ini dan saya amat berharap lebih ramai rakyat Melaka menyertai telegram rasmi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Penggal Kedua di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

Istiadat angkat sumpah itu disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Hadir sama pada istiadat itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Mohd Radzi Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Sementara itu, mengulas perkembangan terkini Kampung Digital, Ab Rauf memaklumkan, sebanyak sembilan buah kampung di negeri ini telah selesai melalui proses cerapan sepenuhnya.

Ujar beliau, sebanyak 112 buah kampung lagi kini masih dalam proses cerapan dan 517 kampyng lagu perlu selesai sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Jelas Ketua Menteri, inisiatif tersebut menjadikan Melaka negeri perintis pelaksanaan Kampung Digital yang bertujuan menyelesaikan isu ketiadaan alamat rumah di kampung-kampung dengan menerapkan budaya digital.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
Kongsi :
Previous post Tun Dr. Mohd Ali mahu rakyat Melaka saling berkasih sayang, tolak ansur
Next post Tun Dr. Mohd Ali ucap tahniah kepada Ketua Menteri
Ubah saiz-+=