Lebih 50,000 pengunjung meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-66

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

BANDA HILIR 31 Ogos – Lebih 50,000 pengunjung membanjiri Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Sambutan tersebut merupakan yang terbesar selepas tiga tahun dianjurkan secara sederhana susulan ancaman pandemik Covid-19.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati orang ramai mula mengunjungi lokasi tersebut seawal jam 6.30 pagi tadi.

Sambutan yang bermula kira-kira jam 8.15 pagi itu dimulakan dengan perbarisan kawatan kehormatan utama memasuki padang.

photo1693462915
YANG di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam memeriksa kawalan kehormatan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Foto MR AZLI

Sementara itu Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman, diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz tiba di tapak sambutan pada jam 8.30 pagi.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta barisan Exco, Timbalan Exco serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

photo1693461658
PERSEMBAHAN kibar Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Foto MR AZLI

Seterusnya sambutan diteruskan dengan nyanyian lagu NegaraKu diikuti pemeriksaan perbarian kawalan kehormatan utama oleh Tun Mohd Ali.

Sambutan secara besar-besaran itu dibahagi kepada empat segmen disertai 179 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan serta swasta, membabitkan hampir 10,000 peserta selain 773 aset.

Memeriahkan lagi sambutan adalah perarakan 12 bot dan dua jet ski daripada kontinjen Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Perarakan yang bermula di Taman Rempah hingga ke Muara Sungai itu turut dipancarkan secara langsung menerusi skrin gergasi dipasang di beberapa lokasi strategik sekitar tapak sambutan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1822
Kongsi :
Previous post Gempa bumi lemah Ranau: Gegaran dirasai, tiada insiden tidak diingini
Next post Pelajar maut, motosikal terbabas
Ubah saiz-+=