
LEBIH 6,000 BERARAK DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 16 September – Seramai 6,398 umat Islam di negeri ini berarak sambil mengalunkan qasidah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sepanjang 3.91 kilometer (km), pagi ini.
Perarakan itu diketuai Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijriyyah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 Masihi.
Sebanyak 121 kontijen terlibat pada perarakan itu mewakili pelbagai jabatan, agensi kerajaan termasuk swasta, institusi pendidikan, japerun dan masjid.
Tun Dr. Mohd Ali bersama Ab Rauf berarak bermula di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit dan berakhir di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.
Terdahulu Tun Mohd Ali tiba di perkarangan stadium berkenaan pada jam 8.20 pagi disambut Ab Rauf.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: BUKAN SEKADAR BERHIBUR, TAPI SEMAI CINTA PADA WARISAN TRADISIONAL
TELOK MAS 15 Jun - Pertandingan sukan kampung yang dianjurkan bersempena Majlis Perasmian Pembukaan Program Ajak Sekampung Festival 2026 sempena...
WRUR TELOK MAS: ASAM PEDAS SIMBOL PERPADUAN BUDAYA MELAKA
TELOK MAS 15 Jun - Kehadiran dua wanita berketurunan India ini menambahkan lagi pertandingan memasak yang dianjurkan bersempena Majlis Perasmian...
CUTI SEKOLAH: MENARA TAMING SARI DIBANJIRI PELANCONG, REKOD 1,154 ‘RIDES’
BANDA HILIR 15 Jun – Menara Taming Sari terus menjadi antara destinasi pelancongan pilihan apabila merekodkan sebanyak 1,154 perjalanan (rides)...
DARI FIKSYEN KE REALITI, LEBIH 20 ROBOT AI DIBAWA KE MELAKA
KESIDANG 15 Jun – Teknologi sebelum ini yang hanya menjadi tarikan dalam filem fiksyen kini menjadi realiti apabila robot berasaskan...
LEBIH 1,300 WANITA MELAKA DAFTAR MAMMOGRAM PERCUMA
AYER KEROH 15 Jun - Lebih 1,300 golongan wanita di Melaka telah mendaftar untuk menjalani ujian mamogram secara percuma yang...
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun – Sungai Melaka mencipta sejarah apabila dipilih sebagai lokasi pertama di luar China diperkenalkan budaya Perahu...
