Sorting by

×

WRUR TELOK MAS: PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR JADI FOKUS TOK AJAK

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TELOK MAS 14 Jun – Isu melibatkan penyediaan infrastruktur lebih baik menjadi fokus utama sepanjang berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas berlangsung dari 14 hingga 20 Jun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan isu atau masalah besar di DUN berkenaan sudah diambil tindakan sebelum ini.

Namun, katanya fokus sekarang adalah menambahbaik kemudahan yang sedia ada agar memberikan lebih keselesaan dan melancarkan lagi urusan seharian penduduk DUN berkenaan.

“Sebenarnya isu berkaitan kemudahan ini diberikan perhatian dari semasa ke semasa, sepanjang WRUR DUN Telok Mas kita akan lihat perkara yang boleh kita tambah baik lagi.

“Namun ia juga bergantung kepada peruntukan yang bukan sahaja melibatkan jabatan atau agensi peringkat negeri tetapi di peringkat persekutuan juga. Berikutan itu ada isu yang kita boleh selesaikan dalam tempoh masa yang cepat dan ada juga yang ambil masa lebih panjang,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan Program Ajak Sekampung Festival 2026 sempena Pembukaan WRUR DUN Telok Mas di Padang Bola Taman Seri Telok Emas.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem merangkap Adun Duyong serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata setakat ini pihaknya sudah merekodkan lebih 100 aduan yang majoritinya melibatkan isu infrastruktur bagi tindakan selanjutnya oleh agensi dan jabatan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post WRUR TELOK MAS: CABUTAN LEMBU, KAMBING, MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
Next post FESTIVAL SUNGAI MELAKA BERLANGSUNG TIGA BULAN SEHINGGA SEPTEMBER DEPAN