
Lebih banyak bantuan jika Kerajaan Sabah sehaluan dengan Persekutuan – PM
KUDAT 18 Sept. – Lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat di negeri itu sekiranya kepimpinan kerajaan Negeri di Bawah Bayu sebaris dengan Kerajaan Persekutuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata buat masa ini, Kerajaan Persekutuan hanya dapat memberi bantuan kepada Sabah setakat yang diwajibkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana kerajaan negeri tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.
“Kita bantu tetapi bantuan itu setakat mana kita diwajibkan oleh Perlembagaan Negara, itu hak orang Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama SAHABAT Kudat di Dewan Tun Mustapha di sini hari ini.
Turut hadir calon Perikatan Nasional bagi kerusi DUN Tanjong Kapor Nurlizah Gurahman.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
