
Lebih RM600 juta bantuan telah disalurkan agensi agama- Zulkifli
PEKAN 5 Julai – Bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai lebih RM600 juta telah disalurkan menerusi agensi agama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepada golongan yang memerlukan sehingga Jun.
Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan berkenaan disalurkan menerusi agensi antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Usaha membantu mana-mana pihak yang memerlukan masih diteruskan, kita berterima kasih kepada pelbagai pihak yang turut sama menghulurkan sumbangan kepada golongan berkenaan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas penyampaian replika cek pembinaan Masjid Kampung Sungai Isap 2, Kuantan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali, di sini hari ini.
Selain wang tunai, agihan bantuan turut diberikan menerusi dana perniagaan, latihan kemahiran dan wakaf kesihatan.
Sementara itu beliau berkata, inisiatif Gerobok Rezeki atau bank makanan, mendapat sambutan yang baik daripada pihak syarikat mahupun individu perseorangan yang turut sama menyumbang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH KONGSI REZEKI BERI RAKYAT RASA ‘DURIAN MAHAL’
ASAHAN 5 Julai - Peluang menikmati durian premium seperti Black Thorn dan Musang King pada harga hanya RM10 seorang sempena...
JALAN LADANG 5KM BERI MANFAAT BESAR BUAT 200 PEKEBUN KECIL
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan dan keperluan komuniti peladang serta pekebun kecil di Sungai Rambai...
123 PROGRAM ‘HIDUPKAN’ WRUR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Sebanyak 123 program dan acara yang disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
4,000 NIKMATI BUFET DURIAN PREMIUM, ‘KENDURIAN’ MELAKA BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
ASAHAN 5 Julai - Festival Durian Melaka 'Kendurian' bakal dijadikan acara tahunan selepas sambutan luar biasa diterima apabila hampir 4,000...
RUMAH NGAJI, KOMUNITI NELAYAN TERIMA LIMPAHAN NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat edisi sulung yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
WRUR BUKAN NOKTAH KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan penamat kepada usaha Kerajaan Negeri menyantuni rakyat, sebaliknya...
