
Lelaki dihanyutkan arus Sungai Tanum ditemukan lemas
KUANTAN, 23 Januari – Lelaki yang dilaporkan dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis semalam, ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Haniff Harun, 47, ditemukan pada 11.20 pagi, tersangkut dalam sungai kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
Haniff yang berasal dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu difahamkan menyertai aktiviti mendaki gunung itu bersama sembilan individu.
Mereka yang dipandu arah masing-masing seorang malim gunung dan porter memulakan pendakian pada Jumaat lepas (20 Jan) melalui laluan masuk Merapoh dan dijadualkan turun pada Selasa.
Bagaimanapun, kumpulan itu terpaksa berpatah semula ke Kuala Jeram semalam, akibat cuaca buruk dan kejadian didakwa berlaku semasa mereka menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter.
Operasi mencari dan menyelamat yang diaktifkan sejak petang semalam, melibatkan lapan pegawai dan 58 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BALAI ISLAM PERTAMA DIBINA DI KAMPUNG PULAU, TOK RAUF SUMBANG RM200,000
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau, Masjid Tanah bakal mencipta sejarah apabila dipilih sebagai lokasi pembinaan kompleks Balai Islam...
COKLAT TEMPATAN SETANDING ANTARABANGSA
BANDA HILIR 17 Oktober - Produk coklat tempatan terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran antarabangsa apabila inovasi berasaskan koko tempatan berupaya...
KAMPUNG PULAU JADI RUJUKAN KAMPUNG DIGITAL, KUBUR DIGITAL NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau kini menjadi rujukan di peringkat negeri dan negara selepas menjadi perintis pelaksanaan Kampung...
KAMPUNG PULAU LAHIR 6 WAKIL RAKYAT, TOKOH-TOKOH HEBAT
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan tokoh kepimpinan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan...
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...

