
Lelaki ditahan miliki air ketum, dadah
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan air ketum di perkarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata ketika tangkapan, polis telah merampas dua biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5, sebotol dan lima bungkusan plastik lut sinar disyaki air ketum.
Zainal Mohamed berkata pada 9.55 pagi tadi, IPD Gombak telah mengesan satu hantaran status di laman sosial menyatakan “Malam tadi salah seorang staff Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia diberkas bersama empat beg ketum yang disimpan di dalam pejabat”.
“Hasil siasatan mendapati suspek bukan salah seorang petugas di Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia. Rampasan dibuat dalam sebuah khemah di perkarangan Dewan Beringin dan bukan di dalam Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia seperti yang dinyatakan dalam status yang tular itu.
“Dewan Beringin, Taman Sri Gombak merupakan dewan serbaguna yang digunakan oleh masyarakat Taman Sri Gombak serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zainal Mohamed berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
SKM SASAR LEBIH BANYAK KOPERASI BAHARU DARI SEKTOR PELANCONGAN DAN BELIA
AYER KEROH 1 April - Koperasi melibatkan berkaitan pelancongan dan dikendalikan oleh golongan belia amat disarankan supaya mendaftarkan perniagaan masing-masing...
