
Lelaki ditemukan mati dalam teksi
KUALA NERUS, 11 Ogos – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan maut di dalam sebuah teksi dipercayai miliknya berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini, malam tadi.
Mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk penumpang belakang teksi berkenaan dengan beberapa kesan kecederaan pada badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mangsa pada pukul 10.56 malam.
“Sebaik terima laporan, polis mengerah sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.
“Siasatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Rahim berkata hasil siasatan turut menemukan sebilah pisau di atas pelapik kaki bahagian pemandu teksi berkenaan.
Susulan itu, katanya pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan siasatan lanjut sedang berjalan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ORANG SERKAM PUJI DASAR MESRA RAKYAT KETUA MENTERI
SERKAM 6 Julai – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menyifatkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sebagai platform...
JELAJAH KETUA MENTERI BUAT RAKYAT RASA DIHARGAI
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai menyambut baik pelaksanaan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat...
RM128.4 JUTA PACU KESEJAHTERAAN ORANG SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 6 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai menerima peruntukan melebihi RM128.4 juta menerusi pelbagai projek pembangunan,...
TERIMA KASIH KONGSI REZEKI BERI RAKYAT RASA ‘DURIAN MAHAL’
ASAHAN 5 Julai - Peluang menikmati durian premium seperti Black Thorn dan Musang King pada harga hanya RM10 seorang sempena...
JALAN LADANG 5KM BERI MANFAAT BESAR BUAT 200 PEKEBUN KECIL
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan dan keperluan komuniti peladang serta pekebun kecil di Sungai Rambai...
123 PROGRAM ‘HIDUPKAN’ WRUR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Sebanyak 123 program dan acara yang disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
