
Lelaki maut, seorang lagi cedera terkena serpihan bunga api di Port Dickson
SEREMBAN, 1 Januari – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka manakala rakannya, 39, dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.
“Kedua-dua mangsa merupakan pekerja syarikat pemasangan bunga api yang ditugaskan memasang bunga api untuk pertunjukan sempena malam Ambang Tahun Baru 2024 di hotel berkenaan.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagal mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Aidi Sham menyeru orang awam supaya tidak menularkan isu berkenaan kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.
Terdahulu, tular di laman X sejak pagi tadi sebuah rakaman video berdurasi 1.04 minit dan gambar memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di hotel berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA JADI TUMPUAN, SIRI TERAKHIR SELEPAS JELAJAH 28 DUN
SERI NEGERI 11 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang berlangsung 13...
‘AYAH SAYA TAK CEMERLANG’, LUAHAN ANAK CETUS USAHA HAMEED RAI MURID PENDIDIKAN KHAS
AYER LIMAU 11 September - "Ayah, saya tak cemerlang." Itu luahan ringkas anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer...
PRN MELAKA: WAKTUNYA TAK BERAPA PANJANG, TAK BERAPA PENDEK
KUALA LUMPUR 11 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberikan bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka...
SOKONGAN MAIM, TAPEM PERKUAT LANGKAH ANAK MELAKA DI MESIR
PENGKALAN BATU 11 September - Keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka...
BUDAYA KERJA M.E.L.A.K.A PACU PENJAWAT AWAM LEBIH CEKAP, RESPONSIF
SERI NEGERI 11 September - Budaya kerja berteraskan nilai M.E.L.A.K.A atau Mesra, Empati, Laju, Akal, Kerjasama dan keupayaan menyesuaikan diri...
MCDU BAKAL TANGANI ‘PROJEK SAKIT’ DI MELAKA – SUK
SERI NEGERI 11 September - Kerajaan Negeri bakal menubuhkan unit khas Melaka Coordination and Delivery Unit (MCDU) hujung bulan ini...
