
Lelaki mengaku bersalah dera anak kekasih berusia tujuh bulan
BUTTERWORTH 16 Mac. – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, yang juga anak kekasihnya, awal bulan ini.
Muhammad Fakhri Abdul Muthalib, 25, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap bayi itu, telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan lebam pada dahi, bahagian bawah mata dan bahagian perut mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah pangsapuri di Jalan Harbour Place di sini pada 9 malam, 6 Mac lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh kerana menunggu laporan perubatan mangsa daripada Hospital Seberang Jaya.
Hakim Noor Aini Yusof membenarkan Muhammad Fakhri diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 April sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
PRESTASI SEMUA PBT DI MELAKA PADA TAHAP TERBAIK
BEMBAN 26 Jun - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka menunjukkan prestasi yang terbaik dan komited untuk memberikan perkhidmatan...
BATIK ‘CLAY’ PRODUK KEBANGGAAN RIM
RIM 26 Jun - Juara dalam penghasilan batik bermutu dengan motif menarik di negara ini pada kebiasaannya dikaitkan dengan perusahaan...
MAJORITI VETERAN ATM PILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA
BANDA HILIR 26 Jun – Kira-kira 60 hingga 70 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya...

