
LELAKI MENYAMAR JADI PGA DITAHAN
Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lelaki berumur 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi oleh anggota Batalion 9 (PGA9) selepas hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek menyamar sebagai anggota “Ninja PGA” dan menakutkan orang kampung untuk tujuan pemerasan.
“Berdasarkan maklumat, suspek bergiat aktif di laluan ke pangkalan haram di Nibong, Simpangan dan Ular tanpa mengira masa serta menahan kereta-kereta yang disyaki membawa bahan api seludup.
“Susulan tangkapan itu juga, kita turut merampas sebuah motor jenis Yamaha di rumah terbabit dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil di rumah berlainan yang disyaki digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM15,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
‘TOK RAUF MEMANG BUAT KERJA, GEN Z RASAI PERUBAHAN KETARA DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November - Kreativiti dan pendekatan pembangunan yang dibawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
PRN MELAKA: ‘TOK MAN’ MESRA, SERING DEKATI RAKYAT SERKAM
SERKAM 9 November – Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yang disifatkan...
