Lelaki tunggang motosikal lawan arus maut

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ALOR GAJAH 8 Julai – Seorang lelaki yang menunggang motosikal melawan arus maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda (4×4) di Lebuhraya Alor Gajah – Melaka – Jasin berhampiran Rembia petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Hisam Md Sohor, 39, maut di lokasi kejadian manakala pemandu 4×4 berusia 58 tahun tidak cedera.

Seorang lagi pemandu kereta berusia 41 tahun yang turut terbabit dalam kemalangan itu juga tidak cedera.

KETUA Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kenderaan 4×4 dan kereta berkenaan dalam perjalanan dari bandar Melaka menghala ke Alor Gajah.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa melawan arus di jalan sama dari arah Alor Gajah menghala ke Melaka.

“Motosikal mangsa dirempuh 4×4 sebelum mangsa melambung dan dirempuh kereta terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan.

Menurut Arshad, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala semua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati lebuh raya berkenaan adalah jalan dua lorong dan berselekoh serta menuruni bukit.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post Rela berpisah demi masa depan anak
Next post COVID: Lapan kematian termasuk wanita dari kluster varian Delta
Ubah saiz-+=