Lelongan awam JPJ Melaka raih lebih RM86,000

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BUKIT KATIL 11 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka memperoleh sebanyak RM86,610 hasil lelongan kenderaan sita menerusi  Program Hari Lelong Kenderaan Sita Siri 1/2023, hari ini.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, lelongan yang berlangsung di Dewan Tun Fatimah, di sini, itu membabitkan 27 kenderaan termasuk sembilan buah motosikal.

Beliau berkata, 21 daripada jumlah kenderaan yang dilelong itu boleh dilesenkan manakala bakinya adalah kenderaan tidak boleh didaftarkan (scrap).

“Sebanyak 27 buah kenderaan berjaya dilelong dan bidaan tertinggi membabitkan sebuah Honda Stream dengan nilai RM13,500.

“Manakala bidaan terendah pula adalah motosikal scrap iaitu Honda C100 dengan nilai bidaan RM50,” katanya selepas program berkenaan.

Terdahulu, sesi lelongan itu turut dihadiri Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Zahari Abd Kalil.

WhatsApp Image 2023-07-11 at 10.46.40
SEKITAR sesi lelongan. Foto: JPJ Melaka

Muhammad Firdaus berkata, seramai 19 pembida hadir pada lelongan berlangsung kira-kira dua jam bermula 9.30 pagi itu.

“Pada siri ini sebanyak 27 naskhah buku lelongan berjaya dijual selain dua buah kenderaan tidak dibida iaitu kereta Proton Iswara dan kontena,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad  Firdaus berkata, sehingga Jun 2023 sebanyak 136 buah kenderaan disita menerusi operasi dan sekatan jalan raya yang dijalankan di seluruh Negeri Melaka.

“Motosikal merekodkan jumlah tertinggi kenderaan yang disita dengan 75 buah diikuti motokar sebanyak 48 buah dan 11 buah lagi adalah lori manakala jip dan lain-lain kenderaan masing-masing sebuah.

“Antaranya yang menyebabkan sesebuah kenderaan disita adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada LKM dan memandu bawah umur termasuk tiada perlindungan insurans,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2147
Kongsi :
Previous post Dua lemas semasa cari kepah
Next post Laporan penuh insiden tanah runtuh Batang Kali sudah siap – KKR
Ubah saiz-+=